Punca anak derhaka

Punca anak derhaka amat banyak . Di antaranya , ibu bapa menderhaka kepada Allah , silap memilih pasangan hidup , tidak faham dan menghayati agama , cuai mendidik keluarga dengan amalan agama , makan dan memberi keluarga dengan rezeki yang haram atau syubhat , pengaruh rakan dan media massa , tidak menjalankan amar makruf di dalam diri , rumah tangga dan negara , cintakan hiburan , maksiat dan dunia . Budaya ini sebenarnya yang melahirkan anak-anak yang tidak mendengar kata .

Allah berfirman dalam surah Al-A'araf ayat 179:

"Dan sesungguhnya , Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah , dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengan bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ;mereka itu seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."


LAGU KEMPEN MEMBACA

ANIMASI

MINGGU MEMBACA

Akhbar pilihan