Sahutan
Berlalunya kisah bukan sebuah janji
belum terjamin mimpi akan utuh seabad lagi
anakku yang akan lahir di bulan menghujung
entah besok akan dipancung
bersuanya wajah entah untuk apa
kita masih mengukur lebarnya dada
malam ini bujang masih gundah jiwanya
adiknya esok entah masih ada
cerita tentang hantu-hantu hitam bangun di benua
menyapu keindahan bulan di dada
kini pintanya bukan setakat kutukan semalam
kerana usungnya nadi bersama dosa ditatang
kita mengganyang dalam pertentangan yang disogokkan
sedang bukan untuk bersama syurga kita sediakan
dan nanti di nafasmu kehitaman memaut
cuma kerana suara dari puncak yang kau sahut
besok pun kita akan hanyut di arus bernanah
dan kau mau mendengar sepotong musik indah
II
pujuklah ketika kasihmu belum menjauh
besok tapaknya akan pudar di jalan
RUSTAM A.SANI
TANJUNG MALIM,
1961