Pembuka Bicara

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani .

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Apabila mati anak Adam , maka terputuslah amalannya melainkan 3 perkara - sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya "

Anak soleh adalah idaman semua ibu bapa kerana anak ini mampu menyenangkan hati ibu bapa di dunia mahu pun di akhirat . Mendapat anak yang soleh bukanlah begitu susah sekiranya ibu bapa memahami cara mendidik anak mengikut perintah Allah . Tetapi kebanyakan ibu bapa masa kini mengadu dan mengeluh bahkan menderita dengan kelakuan anak-anak yang ada di sekeliling mereka . Dengan itu , betapa benarnya kata junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

"Di antara tanda hampir berlakunya Kiamat , anak-anak menjadi berani melawan (menderhaka) orang tua. " Riwayat At-Tabrani .

Justeru itu , saya ingin berkongsi bersama bacaan yang saya dapat ini dengan memaparkan beberapa rahsia agar anak mendengar kata . Semoga tulisan ini memberi manfaat buat semua untuk melahirkan keluarga bahagia .

Amin...

LAGU KEMPEN MEMBACA

ANIMASI

MINGGU MEMBACA

Akhbar pilihan